Sunday, July 12, 2009

4th sem

Pejam celik dah masuk sem ke-4. Ada khabar angin mengatakan budak-budak rumah aku semua nak berubah, kononnye dah tak nak main game & nak mula belajar dari awal. Boleh percaye ke ni? Hurm.. Tan aku percaya memang takkan berubah lah. Dia awal-awal dah cakap sem ni jadual tak pack sebab tu kene main game unlike sem-sem lepas yg pack gile. Dia ape peduli, wlupun main game 24 jam tapi pointer tetap 3.4++. How bout Ezad, Azri & Jen? And how about me? Aku berhasrat nak beli net-book dgn niat takde lah aku ber'counter strike' lagi lepas ni. Boleh percaye ke? Silap-silap aku duk pinjam desktop Azri melayan FIFA lagi-lagi Azri dah jadi room mate aku sem ni. haha WEH! FIFA 2010 tak lama lagi nak kuar!!

Setelah dikenal pasti killer subject aku sem ni ialah Structure Analysis. Waa ngeri!
Dah la lecturer kitorang Mr Sivakumar aka Yamang yg kalau boleh tak nak sesiapa dapat A dlm kelas dia. Percaye tak percaye quiz die waktu sem 2 dulu lebih susah daripada soalan final. Tapi sebenarnya dia bagus, sentiasa mengingatkan students supaya refresh semula knowledge dalam subject Statics & Mechanics Materials supaya tak merangkak dalam Structure Analysis. Satu lagi subject yg aku takut ialah Enviromental. Subject ni mesti byk nak kene hafal, aku paling benci bab-bab menghafal ni. Aku lebih rela membuat calculation sepanjang 2-3 muka surat dpd menghafal terma-terma yang sememangnya panjang lebar dan biasenye aku tak faham pun ape yg aku hafal. Hahaha Maka aku nak menggunakan strategi sem lepas iaitu membodek lecturer! yeah! Jiayou!

No comments: