Wednesday, May 13, 2009

Pantai

Tiba-tiba aku rindu nak lepak pantai. Kalau kat Banting, boleh kata setiap malam minggu aku lepak pantai, jarak dari Banting ke pantai dalam 15-20 mins aje. Ade Pantai Morib tapi favourite aku Pantai Kelanang, tempat dimana berkumpulnya mat-mat rempit sekitar Kuala Langat pada petang Ahad. Masih ingat lagi waktu polis buat rush kat situ, semua bertempiaran cabut lari. Cakap pasal cabut lari, teringat peristiwa kat Pantai Morib. Waktu tu budak ktrg ade deal dgn budak Kg Endah. Semua berenti tepi jalan, sementara menunggu budak Kg Endah sampai. Tengah ktrg syok2 berborak tiba-tiba datang satu kereta polis dgn siren menyala menyerbu ke arah kitorg. Semua kelam kabut start engine moto nak melarikan diri. Aku tak pikir panjang terus lompat atas moto Pejal, meninggalkan kereta polis tu, ingatkan dah boleh lepas dah. Tiba-tiba polis sume dah stand by kat depan buat road block. Disebabkan aku naik dgn Pejal yg hati gering gile ni, mmg dia takkan berenti punye. Dalam keadaan ktorg cube melepasi road block tu dgn kelajuan yg agak boleh membunuh, tiba-tiba je aku merasakan helmet singgah ke belakangku. Si polis sialan tu melibas helmet kat belakang aku. Ape lagi,tergolek la dua-dua. Nasib baik terseret atas rumput. Kalau atas jalan tar confirm ICU. Bila aku toleh kebelakang, abang aku & the gang semua dah surrender dah. Hahaha Seronok rasenye duduk Banting. Selalu sangat main kejar-kejar dgn polis. Nice one!

Pantai Kelanang 2005

5 comments:

angah said...

surrender..then ape jadi? mcm mcm la perangai adik2ku yang boleh bikin jantung berhenti berdenyut... bila la insafnye....

marshmellow hot chocolate said...

haha..klu nk tau,budak laki kg.endah mmg xleh pakai..korg deal ape??

Ashin said...

deal race la...ape lagi...hahaha

muna said...

haha...
xserik2 ko ni ek..
dlm bdn ko 2..dh bp byk besi yg ade??huhu

Ashin said...

hahahaha ini namenye live life to the fullest :)