Tuesday, February 24, 2009
When i was small..
-Sebelum bertolak ke sekolah ,ktrg adik b'dik jerit kuat2 kat pagar rumah "Mama!! Abah!! kitorg pegi sekolah dulu..assalamualaikum maa...assalamualaikum bah..." Mama akan melambai-lambaikan tangan kat beranda rumah.
-Kat sekolah waktu rehat aku main dengan kawan. Aku terajang muka dia sampai hidung dia berdarah. Dia menangis then pengawas datang tangkap aku,aku pun nangis (maklumlah baru std 1) .Then kak iwan dtg marah pengawas tu balik sebab aku budak mah,bukan sengaja nak pukul dia.
-Waktu kelas muzik, cikgu suruh main recorder.Aku tak bawak recorder jadi kene paksa guna kawan punye.Aku tak nak sebab air liur die banyak. Aku dihukum berdiri kat tepi pintu oleh cikgu tersebut (Cikgu tu sekarang dah jadi pondan kat Kelanang beach ,serius!!)
-Aku balik dari tandas menuju ke kelas.Sampai kelas aku tertendang pintu.Cikgu marah dan suruh aku cakap mcm ni " Pintu..pintu..saya mintak maaf" sambil tundukkan kepala.
-Aku tak nak pegi sek sbb cikgu garang.Kak iwan cakap, aku kecik lagi so cikgu takkan marah.Esoknye aku pegi sekolah tapi tak masuk kelas.Selama dua jam aku berjalan jalan kat sekolah.Bila aku balik kelas cikgu tu tak marah pun.Dia cume cakap baik2 membuatkan aku percaya kata2 kakak aku.
-Bila balik sekolah, aku selalu kene kejar dgn anjing berwarna brown.Anjing tu slalu menumpang kat rumah jiran aku Morgan Singh. Bila nampak aku mesti die kejar aku.Aku terpaksa mencampak beg sekolah dan melarikan diri sekiat hati sambil menangis.
-Waktu petang lepas balik sekolah, main bola dgn kawan2 tanpa pakai kasut.Kaki selalu terpijak duri lalu menangis balik rumah.Sampai rumah mama cabutkan duri tu...
-Kat taman permainan dulu waktu main gelongsor ade budak nama Hakim sepak bola kene kepala aku.Aku menangis dan tanpa mengira dia jauh lebih besar dari aku,aku terus menumbuk-numbuk muka dia berkali kali.
-Waktu kecik2 selalu bergaduh dgn abg aku aus dan eli. Aus selalu jadi referee bila aku bertumbuk dgn eli.Akhirnya ktrg bertiga yg kene rotan dgn mama.Lepas kene rotan aku menangis dan nyorok atas bumbung rumah.
-Kat rumah mama selalu ajar membaca. Dia ajar sambil marah2.Aku tak suke! Kalau tak dapat baca mesti kene marah. Setiap hari dia ajar gunakan buku yang sama.Akhirnya aku dpt membaca dgn lancar, tetapi bukan sebab dah pandai membaca tp aku dah hafal dah setiap perkataan kat buku tu.
- Dulu kalau nak tgk Tv,mesti kene ikut ckp kakak.Ape yg diorg nak tgk,kene ikut je.Kalau nak tgk kartun pun susah. Tapi bila ada Lipas datang,semua menjerit jerit dan melompat lompat. haha (sampai skrg aku fobia dgn lipas)
-Dulu kecik2 kakak cakap kalau makan ikan baik2,takut tercekik tulang.(sampai skrg aku fobia mkn ikan sbb tu aku tak makan ikan)
-Dulu kalau balik kampung,mesti naik van sbb adik beradik ade 9 orang. Dalam Van mesti riuh.Bila lalu atas jambatan sg langat, semua jerit "air,air,air,air,air,air,air" haha memalukan!.Bila nampak lembu ajer mesti cakap lembu tu kawan aus.Sebab wktu atuk masih hidup,aus rapat dgn atuk.Kat rumah atuk banyak lembu yg berkwn dgn dia.haha
-Kat rumah,aku dgn abang2 selalu main bola smpi pasu pecah.Waktu tu semua lari bertaburan sbb dah tau mama akan rotan. Sebelum kene rotan aku standby pakai jeans biar tebal sikit.So bile kene rotan tak rase sangat.
-Waktu cuti sek,selalu ikut abah pegi masjid solat subuh.Lepas tu pegi makan sarapan kat kedai mamak.(ktrg bagi nama kedai tu kedai tikus sbb ada banyak tikus)
-Kadang2 abah ajar main badminton depan rumah.Waktu tu aku baru nak belajar. Aus yang paling hebat.Tapi sekarang cuma aku je yang rajin training badminton.Sekarang, aku boleh ajar abah balik.
-Waktu darjah 5,aku masuk pasukan bola sek sbgi winger.Eli abang aku darjah 6 main striker.Pasukan kitorg dpt Johan Kuala Langat hasil jaringan abg aku. Tapi aku yang cross bola tu then Eli header masuk gol.Waktu tu aku tengok Abah dgn bangganya tersenyum kat luar padang.
-Darjah 6.Aku terpilih badminton peringkat selangor tuk bertanding kat Kajang.Abah datang tengok walaupun jauh perjalanan dari Banting ke Kajang.
-Waktu darjah 6 aku masuk pertandingan Bola Baling wakil sekolah. Aku kene lempang dgn Cikgu Khoiri sbb main kejar2 dgn kwn.Aku menangis dan nyorok kat blkg bangunan.Akhirnya cikgu tu dtg dan pujuk aku. (aku pun pelik knp die pujuk,mesti dia takut kalau aku bgtau ayah aku)haha
-Waktu darjah 6,aku main fire extinguisher kat sekolah,sampai empty tank tu aku sembur.satu kelas putih.haha akhirnya kene panggil dgn cikgu disiplin..tapi abah belikan yang baru sejak hari tu cikgu tak marah lagi.
-Waktu amik report card kat sekolah, aku dpt no 25 dalam kelas.Mama marah aku kat situ jugak. Bukan sebab aku tak pandai,tapi sebab aku cakap cikgu tak pandai ajar.
-Waktu amik report card kat sekolah, kali ni aku dapat lagi teruk.Tapi tak ingat.Kali ni abah yg datang.Tp abah senyum jer.dia tak marah pun.Abah aku mmg cool!!
-Aku tak pegi sek.Sebab sakit gigi. Mama bawak jumpe dentist untuk cabut gigi.Aku menangis sebab kene injection. Tapi mama belikan ais krim untuk pujuk aku.Dentist tak bg makan ais krim sbb gusi masih berdarah.Aku marah dan buang ais krim tu dalam longkang.
-Waktu f3 aku bwk moto xciden langgar keta orang.Kaki aku patah.Abah bayar 300 kat pemilik kereta tu.Tapi abah tak marah pun.Dia cakap "Ini semua pengalaman,berhati hati lain kali".
-Waktu f4 aku bergaduh dgn abang aku.Kitorg bertumbuk kaw kaw punye.Then ayah aku marah dan bagi penampar kat ktrg berdua. Aku marah kat ayah aku dan tak bercakap beberapa bulan.
-Aku dah jarang jumpe abah. Dia selalu balik tgh2 malam wktu aku dah tdo.Kalau jumpe pun pukul 7 pg,waktu aku nak ke sekolah.Itu pun die tgh tido.
-Hari ini Ahad, abah ade kat rumah,tapi dia main badminton seharian.Wlupun cuti,aku jarang dapat jumpa dia.
-Aku dgn abah dah jarang cakap.Bila dia balik tgh malam,aku masuk dalam bilik.Bila dia dah masuk tidur,aku on tv semula and sambung tengok tv.
-Aku dh bertahun-tahun guna hp,tapi sekalipun abah tak penah call aku. I dont think he has my number at all.
-Aku lepak kat kedai makan dgn kawan2.Abah pun tgh melepak dgn kawan2 dia in the same place. This situation is awkward.Kitorg acting like we dont know each other.
-5/4/2007, its my brithday. Aku tunggu mama wish birthday aku.But she didnt. Abah pulak, jauh sekali.
-5/4/2008, its my birthday again. Aku tak tunggu mama atau abah wish birthday aku lagi.Sebab aku tau diorang tak ingat. Its ok, i'm a big guy.
-Aku dah jarang balik banting. Kalau balik pun aku cume duduk dalam bilik, duduk depan laptop seharian. Nothing much to talk with them.
- Aku balik Banting.Both of my brothers were there. Abah selalu berborak dgn diorg. Mungkin sebab diorg berdua surveyor,sama macam abah. So abah ada banyak bende nak borak dgn diorg.
-9.00 pagi, isnin.Mama call aku,tanye kenapa aku balik Uniten senyap2 without even saying goodbye to her.
You see here how people change in time. Like Azri said "Don't make temporary things permenant". Waktu kecik dulu, kitalah anak mama, anak abah. What happen when we grow up?
I love them. I love them very very much. Every seconds in my life, in every minutes, they'r my life, they'r the reason i keep breathing.But i just don't show it.
Monday, February 23, 2009
My eye sight
Saturday, February 21, 2009
Karangan terbaik UPSR 2007 ( From fwded email)
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia! pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
p/s: tak sangka budak berumur 12 tahun buat karangan cam ni
Tuesday, February 17, 2009
It's been a long time i havent feeling sad.Things i do to get rid of the feeling.
2) If i'm in Banting i'll go to the beach and watch people fishing.
3) Watch lumba haram on saturday night.
4) Riding a motobike in town without wearing helmet so that the cops will chase me.
5) Fighting
6) Drive my car to a lonely road and shout as hard as i like.
7) Go out for badminton training and smash the shuttle with full swing.
8) Shout for every single point i win.
9) Hit the wall with my bare hand.
10)Laughing
11)Joking
12)Look at Ecah & Imran pics or watch their videos.
13)Send a stupid message to my mom. "Lari!Jepun menyerang malaya".She'll reply me.
14)Tell Tan that my heart is broken so that he'll laughs at me.He won't believes me.
15)Tell someone that i love him.I wanna marry him.(Most of the time to Tan)
16)Sit on the tv and watch the sofa
17)Stare at my friends while they'r sleeping early morning.
18)Talk to myself in the mirror.
19)Singing Jay Chou songs.
20)I end up hurting myself
p/s : I'm not a gay i'm just pretending to be one.
Friday, February 13, 2009
Things that might happen when the exam is just around the corner.
- 4 to 5 chapters can be covered in one night.
- Sleep becomes more important than showers.
- 10 minutes is more than enough time to get ready for first class.
- 3 to 4 alarms ringing continously but nobody awakes.
- One hour class gap is enough to go back and sleep.
- CGPA comes first, health comes next.
- People with red eyes and flu are common things in exam hall.
- You suddenly realized how peaceful and clean your house was.
- Eating at 1am is a common occurence.
- You suddenly miss high school mathematics and physics.
- You write as many formulas as possible at the backside of the calculator.
- Sleep with light is normal.
- You forget to eat.
- You completely forgotten your home.
- You begin to regret for not studying earlier.
- You'll end up getting barely 3 pointer.
Saturday, February 7, 2009
Monday, February 2, 2009
20 years of age uncle

This picture was taken when i was in form 5. My hair look sucks! When i look at this picture i can't really believe that my hair was like this. But credits to Saleh he was the one who cut it for me. Its been so long, but i feel like just yesterday i went to school. I love school. School is cool. I can do anything i wanted, but nobody is going to sack me out of school. Eventhough if you get straight D's you won't get sacked.Totally different from University. Plus my mom was a senior teacher there so i have kuasa veto back then. haha And its a bonus if you'r closed with the pricipal teacher, you won't easily get punished. I still remember back then Cikgu Zakaria told me that he's going to make a spot check so he asked me to hide my hp somewhere. Zakaria is cool. And during the school assembly i was caught for keeping long hair but thank god he was there and let me go. I remember there was a prefect complained about this during the prefects meeting. But her effort was in vain. When i was in form 6 for a week, during wktu rehat Faiz fetched me up and then we went out for bowling. I really miss those days, woke up early in the morning, riding a motobike with school uniform, quarreled with my mom bcos i didnt wanna go to school or maybe came late to school. Or sometimes scolded by her bcos other teachers complained about me or maybe she found out i fought with others. I really miss those days, you know the day when my mom and i were very closed. The day we went to school together, the day she's teaching in front of the class and i was playing at the back with Faiz. Naqib? he is NERD! so i didnt disturb him too much. Haiz, everything is different now. I rarely go back home. Even if i'm going back i will just sitting in front of my laptop locked myself inside the room for the whole day. We don't talk much nowadays, because normally i have nothing to talk to her. My life is here in Uniten with my friends, and she's living in Banting so we don't have much to talk about. After all i'm a guy. So i believe its normal. We live on our own. Ape uncle merepek ni dah melalut jauh dah ni.
My 1st niece
Nama: Melati Aisyah Bte Muhd Hafis
Izran
Umur: 2 tahun 7 bulan
Location : Nottingham,UK
Ecah yang cantik lagi ayu ni anak kakak aku no 2.Waktu Aisyah baru lahir she looks like a baby boy. And she didnt like me much.Setiap kali uncle pegang dia mesti nangis. Punye la kacak uncle die ni tapi die takut. Dia sangat ramai peminat, kalau bawak pegi mane pun mesti orang nak cuit dia. Ingat lagi waktu bawak die pegi mamam McD (Israel oii boycott! ) kat Banting akak counter tu duk ngade2 mintak kiss kat Ecah.Kat aku tak nak mintak kiss plak. Hahahaha Ecah ni suka sangat tengok kartun. Dulu tak suka tp setelah uncle ajar dia tgk kartun die dah gile kartun.Walaupun dia tak faham.
My 2nd niece

Umur : 1 tahun 4 bulan
Location : New South Wales, Aus
Yang kecik comel lote dan seksi ni anak kakakku no 1. Walaupun namanye Anis Zahirah, tapi semua orang panggil die Sofia aka Pia. Pelik kan? Ceritanye begini.Waktu die baru2 lahir dulu, dia kuat sangat nangis. Kejenye menangis aje memanjang tapi tak dapat gaji.Mungkin dia practice menyanyi ntahlah aku pun tak tau.Tp mama aku cakap, mungkin sbb die tak suka nama dia. (pelikkan? boleh plak cam tu.orang2 tua ni mmg mcm2 assumption dia) Akhirnya nama dia ditukar kepada Sofia. Hurmm dgn izin Allah maka dia pun kuranglah menangis. (iye ke? ntah ler..aku pun x sure sbb die duk kat T'ganu).
My 3rd nephew

Nama : Khalil Imran Bin Muhd
Muhd Hafis Izran
Umur : 1 tahun 3 bulan
Location: Nottingham,UK
Inilah budak paling cool di abad ini. Jarang nangis walaupun kene tampar dengan kakaknye Aisyah.Boleh panggil dia Imyan atau Iman.Mula2 aku mencadangkan kat kakak aku tuk bagi nama dia Khalil Altintop sempena nama footballer Turki tp cadangan aku ditolak. Imran ni agak berat dan tinggi.Ketinggian dia hampir sama level dgn Ecah. Waktu die lahir dulu muka dia hampir sama dgn Pak Andaknye iaitu abangku Palex the Petet. First time tgk dia aku pun terkejut gila dan agak tak percaya.Pertama,sebab dia besar sangat dan kedua sebab mukanye sama dgn abang aku. Imran ni manja sangat. Dia suka tido atas badan orang. Disebabkan uncle suka tdo kat living room maka Imran pun selalu la memanjat atas badan uncle dan tido sekali. Disebabkan Imran ni tinggi jadi aku plan nak ajar dia main badminton. Hahaha so bile die dah bagus main boleh pair dgn Uncle kite masuk tournament k. hoho
My 4th nephew

Nama : Iman kholis bin Abang OB (aduhai aku lupe jugak nama abang ipar aku yg ni)
Umur : Around 1 bulan 2 minggu
Location : Seremban,KL,Banting, Malaysia
Ini my nephew yg baru aje lahir. Dia lahir kat....kat hospital la takkan kat Econsave plak. Iman ni, selain kuat imannye dia jugak kuat minum susu. Asyik nak minum aje.Tdo sekejap then bangun minum susu.Alhamdulillah, walaupun Iman ni kuat minum tapi dia suka minum susu. Nasib baik susu kalau Milo mcm mana? Israel tu...boycott.Kasihan kakak aku yg no 5 ni. Tapi aku tak paham kenapa Iman dipakaikan baju berwarna Pink sedangkan dia adalah lelaki yg beriman.Lelaki yg beriman takkan berpakaian menyerupai perempuan. aih...ape yg aku mengarut ni. Kesian iman dituduh mcm2 oleh Uncle.Tak pe nanti uncle bagi kiss...ape?tak nak??? perghh memilih batul mu ni,bukan senang wo uncle nak bagi kiss...mahal woo uncle punye kiss.