Tuesday, February 24, 2009

When i was small..

- Pegi sek naik basikal dgn Kak Iwan,Aus & Eli. Kami adik beradik ramai2 berkayuh ke sek. Pagi2 abah pamkan tayar basikal. Abah tanye "Kenapa beg sek ni besar sangat?".(Sebenarnye dalam tu aku bawak mainan skali) haha

-Sebelum bertolak ke sekolah ,ktrg adik b'dik jerit kuat2 kat pagar rumah "Mama!! Abah!! kitorg pegi sekolah dulu..assalamualaikum maa...assalamualaikum bah..." Mama akan melambai-lambaikan tangan kat beranda rumah.

-Kat sekolah waktu rehat aku main dengan kawan. Aku terajang muka dia sampai hidung dia berdarah. Dia menangis then pengawas datang tangkap aku,aku pun nangis (maklumlah baru std 1) .Then kak iwan dtg marah pengawas tu balik sebab aku budak mah,bukan sengaja nak pukul dia.

-Waktu kelas muzik, cikgu suruh main recorder.Aku tak bawak recorder jadi kene paksa guna kawan punye.Aku tak nak sebab air liur die banyak. Aku dihukum berdiri kat tepi pintu oleh cikgu tersebut (Cikgu tu sekarang dah jadi pondan kat Kelanang beach ,serius!!)

-Aku balik dari tandas menuju ke kelas.Sampai kelas aku tertendang pintu.Cikgu marah dan suruh aku cakap mcm ni " Pintu..pintu..saya mintak maaf" sambil tundukkan kepala.

-Aku tak nak pegi sek sbb cikgu garang.Kak iwan cakap, aku kecik lagi so cikgu takkan marah.Esoknye aku pegi sekolah tapi tak masuk kelas.Selama dua jam aku berjalan jalan kat sekolah.Bila aku balik kelas cikgu tu tak marah pun.Dia cume cakap baik2 membuatkan aku percaya kata2 kakak aku.

-Bila balik sekolah, aku selalu kene kejar dgn anjing berwarna brown.Anjing tu slalu menumpang kat rumah jiran aku Morgan Singh. Bila nampak aku mesti die kejar aku.Aku terpaksa mencampak beg sekolah dan melarikan diri sekiat hati sambil menangis.

-Waktu petang lepas balik sekolah, main bola dgn kawan2 tanpa pakai kasut.Kaki selalu terpijak duri lalu menangis balik rumah.Sampai rumah mama cabutkan duri tu...

-Kat taman permainan dulu waktu main gelongsor ade budak nama Hakim sepak bola kene kepala aku.Aku menangis dan tanpa mengira dia jauh lebih besar dari aku,aku terus menumbuk-numbuk muka dia berkali kali.

-Waktu kecik2 selalu bergaduh dgn abg aku aus dan eli. Aus selalu jadi referee bila aku bertumbuk dgn eli.Akhirnya ktrg bertiga yg kene rotan dgn mama.Lepas kene rotan aku menangis dan nyorok atas bumbung rumah.

-Kat rumah mama selalu ajar membaca. Dia ajar sambil marah2.Aku tak suke! Kalau tak dapat baca mesti kene marah. Setiap hari dia ajar gunakan buku yang sama.Akhirnya aku dpt membaca dgn lancar, tetapi bukan sebab dah pandai membaca tp aku dah hafal dah setiap perkataan kat buku tu.

- Dulu kalau nak tgk Tv,mesti kene ikut ckp kakak.Ape yg diorg nak tgk,kene ikut je.Kalau nak tgk kartun pun susah. Tapi bila ada Lipas datang,semua menjerit jerit dan melompat lompat. haha (sampai skrg aku fobia dgn lipas)

-Dulu kecik2 kakak cakap kalau makan ikan baik2,takut tercekik tulang.(sampai skrg aku fobia mkn ikan sbb tu aku tak makan ikan)

-Dulu kalau balik kampung,mesti naik van sbb adik beradik ade 9 orang. Dalam Van mesti riuh.Bila lalu atas jambatan sg langat, semua jerit "air,air,air,air,air,air,air" haha memalukan!.Bila nampak lembu ajer mesti cakap lembu tu kawan aus.Sebab wktu atuk masih hidup,aus rapat dgn atuk.Kat rumah atuk banyak lembu yg berkwn dgn dia.haha

-Kat rumah,aku dgn abang2 selalu main bola smpi pasu pecah.Waktu tu semua lari bertaburan sbb dah tau mama akan rotan. Sebelum kene rotan aku standby pakai jeans biar tebal sikit.So bile kene rotan tak rase sangat.

-Waktu cuti sek,selalu ikut abah pegi masjid solat subuh.Lepas tu pegi makan sarapan kat kedai mamak.(ktrg bagi nama kedai tu kedai tikus sbb ada banyak tikus)

-Kadang2 abah ajar main badminton depan rumah.Waktu tu aku baru nak belajar. Aus yang paling hebat.Tapi sekarang cuma aku je yang rajin training badminton.Sekarang, aku boleh ajar abah balik.

-Waktu darjah 5,aku masuk pasukan bola sek sbgi winger.Eli abang aku darjah 6 main striker.Pasukan kitorg dpt Johan Kuala Langat hasil jaringan abg aku. Tapi aku yang cross bola tu then Eli header masuk gol.Waktu tu aku tengok Abah dgn bangganya tersenyum kat luar padang.

-Darjah 6.Aku terpilih badminton peringkat selangor tuk bertanding kat Kajang.Abah datang tengok walaupun jauh perjalanan dari Banting ke Kajang.

-Waktu darjah 6 aku masuk pertandingan Bola Baling wakil sekolah. Aku kene lempang dgn Cikgu Khoiri sbb main kejar2 dgn kwn.Aku menangis dan nyorok kat blkg bangunan.Akhirnya cikgu tu dtg dan pujuk aku. (aku pun pelik knp die pujuk,mesti dia takut kalau aku bgtau ayah aku)haha

-Waktu darjah 6,aku main fire extinguisher kat sekolah,sampai empty tank tu aku sembur.satu kelas putih.haha akhirnya kene panggil dgn cikgu disiplin..tapi abah belikan yang baru sejak hari tu cikgu tak marah lagi.

-Waktu amik report card kat sekolah, aku dpt no 25 dalam kelas.Mama marah aku kat situ jugak. Bukan sebab aku tak pandai,tapi sebab aku cakap cikgu tak pandai ajar.

-Waktu amik report card kat sekolah, kali ni aku dapat lagi teruk.Tapi tak ingat.Kali ni abah yg datang.Tp abah senyum jer.dia tak marah pun.Abah aku mmg cool!!

-Aku tak pegi sek.Sebab sakit gigi. Mama bawak jumpe dentist untuk cabut gigi.Aku menangis sebab kene injection. Tapi mama belikan ais krim untuk pujuk aku.Dentist tak bg makan ais krim sbb gusi masih berdarah.Aku marah dan buang ais krim tu dalam longkang.

-Waktu f3 aku bwk moto xciden langgar keta orang.Kaki aku patah.Abah bayar 300 kat pemilik kereta tu.Tapi abah tak marah pun.Dia cakap "Ini semua pengalaman,berhati hati lain kali".

-Waktu f4 aku bergaduh dgn abang aku.Kitorg bertumbuk kaw kaw punye.Then ayah aku marah dan bagi penampar kat ktrg berdua. Aku marah kat ayah aku dan tak bercakap beberapa bulan.

-Aku dah jarang jumpe abah. Dia selalu balik tgh2 malam wktu aku dah tdo.Kalau jumpe pun pukul 7 pg,waktu aku nak ke sekolah.Itu pun die tgh tido.

-Hari ini Ahad, abah ade kat rumah,tapi dia main badminton seharian.Wlupun cuti,aku jarang dapat jumpa dia.

-Aku dgn abah dah jarang cakap.Bila dia balik tgh malam,aku masuk dalam bilik.Bila dia dah masuk tidur,aku on tv semula and sambung tengok tv.

-Aku dh bertahun-tahun guna hp,tapi sekalipun abah tak penah call aku. I dont think he has my number at all.

-Aku lepak kat kedai makan dgn kawan2.Abah pun tgh melepak dgn kawan2 dia in the same place. This situation is awkward.Kitorg acting like we dont know each other.

-5/4/2007, its my brithday. Aku tunggu mama wish birthday aku.But she didnt. Abah pulak, jauh sekali.

-5/4/2008, its my birthday again. Aku tak tunggu mama atau abah wish birthday aku lagi.Sebab aku tau diorang tak ingat. Its ok, i'm a big guy.

-Aku dah jarang balik banting. Kalau balik pun aku cume duduk dalam bilik, duduk depan laptop seharian. Nothing much to talk with them.

- Aku balik Banting.Both of my brothers were there. Abah selalu berborak dgn diorg. Mungkin sebab diorg berdua surveyor,sama macam abah. So abah ada banyak bende nak borak dgn diorg.

-9.00 pagi, isnin.Mama call aku,tanye kenapa aku balik Uniten senyap2 without even saying goodbye to her.

You see here how people change in time. Like Azri said "Don't make temporary things permenant". Waktu kecik dulu, kitalah anak mama, anak abah. What happen when we grow up?
I love them. I love them very very much. Every seconds in my life, in every minutes, they'r my life, they'r the reason i keep breathing.But i just don't show it.

20 comments:

Anonymous said...

waa..uncle how could u remember that old past time? huhuhu.. tak ingat ke sapa yang gosok baju ngko bile ko darjah 1. hahah angah pun tak ingat. btw, atuk takde lembu, kandang kambing je. atuk selalu marah bile main barang-barang atuk. Ingat lagi atuk marah bile main barang atuk dalam lemari, weeks before he passed away. Tapi setiap jumaat atuk datang rumah, bawak gula2 dan bawak aus balik kampung :)

Anonymous said...

ala pit.. mane la mama abah nak ingat.. kan anak ramai.. lain la ko set reminder dalam handset mereka. hehehe

Anonymous said...

apit..mula2 abg mat tgk kita suma kecoh berperang dgn lipas..dia kata pelikla..dgn lipas kecik pun nk takut..harharhar...pia pun takut dgn lipas skang ni,berkerut2 muka dia kalu nmpk lipas...

Ashin said...

to angah:
yela ngah...tak kisah pon...tp mama wish birthday ko :( rasenye anak laki semua mama tak igt kot..

Ashin said...

to along:

Haha rasenye lipas dah menjadi musuh tradisi keluarga turun temurun.haha

Ashin said...

to angah lagi:

oo kambing ke..lembu dgn kambing tak jauh..abah cakap aus tak nak pegi tadika sbb nak tinggal dgn atuk.die siap lompat longkang kat tadika tu..pas2 abah marah cakap kat die..ko jgn balik..aus jwb "die nak balik rumah atuk bukan nak ikut abah" haha

Afifatin Mohd Nook said...

hehe..klalar la..gelak2 bace..mmg blog ni penghibur tym tension..takut lipas???hehe..dulu tym kecik2 duk mne?

Anonymous said...

apit.. mane ada mama wish... ko tertinggal baca 'mother in law', tuhpun memang style keluarga abepis yang memang jenis mengingat setiap birthday ahli keluarganya... ala kalu ko cakap ngan mama haritu birthday ko, mesti mama wish balik.. mane le mama nak ingat birthday anak2 ramai..ur a big boy la ni.. think bigger!

along.. hah sikenit pia pun takut dgn lipas.. hahahaha.. kat sana ada lipas ke? kat sini, lalat, nyamuk, lipas, ular sume takde.. tak tahan sejuk kot...huhuhuh

Anonymous said...

apit... takyah rasa sedih la ye... btw angah dah masukkan rm300 dalam cimb. Pergi check mata and beli spec mata. Kalu nak pakai contact lenz, pun ikut ko lah, tapi payah nak pakai contact lenz tuh, sbb tak pandai pakai, sakit mata and serik nak pakai, kang makin teruk mata.. so pilihla mane bagus... dah dah pergi kedai spec mata

Anonymous said...

apit... takyah rasa sedih la ye... btw angah dah masukkan rm300 dalam cimb. Pergi check mata and beli spec mata. Kalu nak pakai contact lenz, pun ikut ko lah, tapi payah nak pakai contact lenz tuh, sbb tak pandai pakai, sakit mata and serik nak pakai, kang makin teruk mata.. so pilihla mane bagus... dah dah pergi kedai spec mata

Ashin said...

huk aloh..ngah,yg ko masukkan duit kenape??aduhai...tak yah la..orang tak nak beli specs.tak nak pakai contc lens pon...aduhai..apit bukannye rajin menyalin kat kelas pon...bleh salin dari kawan..

Ashin said...

eh mane ade sedih..post ni for fun..tak kisah pon sbnrnye..kwn2 kat cni selalu igt birthday.. :p siap celebrate di tepi tasik lgi.

Anonymous said...

just do it!. I am afraid you will get lost at the airport, and can't find the correct terminal. Sayangilah mata sendiri kerana tiada sapa yang menyayangi kecuali diri sendiri hahaha.. kang accident tak dapaat tgk mek cah and imran.. huhuhuh

Anonymous said...

kt cni,time summer,sumer kluar,lipas,mengkarung,cengkerik,suma masuk dlm rumah..time winter nnti,binatang2 tu xkluar.diaorg pun sejuk.Kalu nmpk Pia terintai2 kat mana2 tu,lps tu lari,pstu dtg balik mengintai,mesti ada lipas kt tmpt tuh..
Capit,time studi ni je,mmg mata rosak,tp kenela pakai spec.NNti bila dh abis blaja,mata tu akan ok smula.tp x sepenuhnya la...

Anonymous said...

apit..dgrla nsht akak2 ko 2..
degil tol la...

Azlina Aziz said...

ko kata post ni fun?

mmg wtf :(

nape tak bertegur dgn ayah capik?

tabaek tau..

Ashin said...

sebab ayah aku pun x tegur aku lah..haha

Azlina Aziz said...

shengal nye anak cam ko!

tngu ayah tegur dlu

cubela ko tegur dia..

mesti dia tegur balik :DD

lau pe aku ckp neh betoi

ko gtau je nak ape aku bg :P

Ashin said...

aku nak tegur pun x tau nak ckp ape lah..kalau tegur mcm awkward plak

Azlina Aziz said...

ok takyah tegur takyah ckp :|